srarpengkalanaur


widget

Isnin, 14 November 2011

Pengumuman Keputusan UPSR

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011

 
 
 

SIARAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011
 
 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
 
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011

Ahad, 30 Oktober 2011

Program Lawatan Sambil Belajar

Wanita Muslimah Anggun..  

Di Kelly's Castle 

Lost World Of Tambun 


Muzium Arkeologi Lenggong

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan 2011

 Sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-54 bertemakan 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA telah diraikan juga oleh pihak sekolah.
 Beberapa program dan acara telah disusun oleh pihak sekolah untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini. Antara program yang telah dilangsungkan adalah pertandingan mewarna untuk para pelajar, menghias sekolah dengan kibaran jalur gemilang dan beberapa acara lain. 
  Sambutan kali ini lebih bersifat sederhana bersesuaian dengan bulan Ramadhan al-Mubarak yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruhnya. 

PERTANDINGAN MEWARNA 18/08/2011


Walaupun bulan Ramadhan.. dan kami letih berpuasa... kami tetap ceria... 

Isnin, 23 Mei 2011

Sambutan Hari Guru dan Hari Sukan 2011

Sambutan Hari Guru dan Hari Sukan Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 23-27 Mei 2011. Pihak guru telah memastikan kesemua pelajar sekolah terlibat di dalam setiap acara program terutamanya terlibat di dalam acara sukan yang dipertandingkan. Permainan yang paling mendapat sokongan kesemua pelajar dan guru adalah bola jaring. Ia menjadi sangat istimewa apabila kesemua guru turut menjadi peserta dalam perlawanan tersebut...


Selasa, 1 Mac 2011

Pertandingan Perarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1432h.

SEKITAR HARI PERTANDINGAN....
Tarikh: 19hb Febuari 2011
Bertempat: Dataran Banggol Pasir ke Dewan Bunga Raya, Bukit Gantang, Perak


Ibu bapa menghantar anak masing-masing seawal jam 7.00 pagi di sekolah...


Tiba di Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering jam 8.00 pagi...


Pelajar-pelajar sedang bersiap sedia...

Rabu, 23 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432h/2011m.

Majlis ini disambut pada 18 Febuari 2011.

Sekitar majlis berlangsung...


Pelajar mula berarak mengelilingi Kampung Sentosa sambil berselawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad SAW jam 3.15 petang...


Disertai oleh semua guru dan beberapa orang ibu bapa pelajar...


Hadiah yang telah disediakan bagi pertandingan kecerian kelas, kuiz, dan pertandingan mewarna...


Banyak juga ni... siapa la yang bertuah dapat hadiah ni... eh, kenapa senget ni...?

Sabtu, 19 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul-Pertandingan Antara Kelas


SEKITAR MAJLIS (16/17/18 Febuari 2011)

Pertandingan Kuiz antara kelas (Tahun 3-6)

Guru-guru sedang memantau peserta...

Sokongan dari teman-teman sekelas yang sangat padu...


Susah pulak soalan ustazah bagi ni...

Isnin, 14 Februari 2011

Latihan Perarakkan Majlis Maulidur Rasul...


Latihan dijalankan pada hari ini, 15 Feb 2011, jam 3.00-5.00 petang.. Latihan ini dibuat bertujuan untuk memeriahkan sambutan majlis Maulidur Rasul yang akan disambut di sekolah ini pada Jumaat 18 Feb 2011.



Jumaat, 11 Februari 2011

Majlis Penyampaian Komputer Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Larut, Matang dan Selama

Oleh : YB Dato' Ramly bin Zahari,
Pengerusi Jawtankuasa Infranstuktur,
Kemudahan Negeri Perak.

Tarikh : 9 Febuari 2011

Bertempat : SAR Al-Hidayah, Kg. Pasir,
Kamunting, Perak.

Ringkasan : Program Pembestarian Sekolah Agama Rakyat dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perak sempena lawatan beliau ke daerah-daerah bermula di Daerah Kecil Sungai Siput pada 26 Oktober 2010. program ini adalah kesinambungan kepada pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri Perak melalui KPerak (http://kperak.com.my/) untuk memastikan seluruh warga negeri ini tidak ketinggalan dari segi pendidikan, teknologi dan inovasi khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


SEKILAS PANDANG SEMASA MAJLIS.


YB Dato' Ramly bin Zahari sedang berucap...

Antara amanat beliau yang masih saya ingat adalah "walau apa pun pandangan dan pegangan para pendidik di dalam berpolitik, jangan lah libatkan anak-anak kita. Kerana anak-anak lah yang akan menerajui dan mewarisi negara ini kelak dan akan dibangunkan oleh ketulusan kita mendidik mereka dikuatkan lagi dengan kematangan mereka yang akan terus dikembangankan dan dipupuk dari masa ke semasa".


Wah... beri perhatian nampak hadirin kita ni....

Jumaat, 14 Januari 2011

PENGUMUMAN PENTING

Pada hari Isnin 17/01/2011 bersamaan 12 Safar 1432h, SAR Pengkalan Aur akan bercuti kerana kesemua guru akan ke majlis pejumpaan dengan Menteri Besar Perak pada hari tersebut. Majlis tersebut akan dihadiri oleh kesemua guru sekolah agama intigrasi KAFA seluruh negeri Perak.
Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Selasa 18/01/2011. Diharap ibu bapa pelajar sedia maklum, terima kasih.

Sabtu, 8 Januari 2011

Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar yang sedia ada. pihak sekolah, terutama para pendidik senantiasa mengalukan kedatangan para pelajar yang dikasihi.
Diharapkan dengan permulaan tahun baru 2011/1432h ini akan membuka lembaran kejayaan yang akan dicapai oleh kita bersama. Bertekadlah dengan azam yang telah disematkan di hati para pelajar sekalian. Bagi pihak sekolah, kami akan berusaha sepenuh hati demi memastikan kejayaan anak-anak murid dalam mencapai kecemerlangan sahsiah diri dan ilmu dunia akhirat. Insyaallah...
Tidak dilupakan juga selamat datang kembali kepada para pendidik dan selamat datang kepada pendidik yang baru memulakan tugas di sekolah ini. Saya, pihak sekolah dan para pelajar mengalukan kedatangan anda. Selamat berjuang dalam mencurahkan ilmu kepada para anak-anak didik kita. Smoga keikhlasan kita mendidik mereka akan mendapat keredhaan Allah beserta rahmat daripada Nya. Insyaallah...