srarpengkalanaur


widget

Jumaat, 18 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam kepada nabi Muhammad SAW akhirnya majlis sambutan hari guru tahun ini berjaya disambut di sekolah dengan jayanya secara sederhana pada 18-25 Mei 2012.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA menjadi tema sambutan tahun ini. Jelas di sini, guru semamangnya sebagai penunjuk jalan kejayaan kepada para pelajar. Kejayaan sahsiah rohani dan jasmani serta akademik para pelajar harus ditunjukajar oleh guru demi memastikan pelajar berada dilandasan yang betul.
Terima kasih kepada semua guru SAR Al-Hasyimiah dan para pelajarnya yang terus berusaha menaikkan nama sekolah anda. semoga segala usaha kita beriringan dengan keikhlasan dan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya. Insyaallah...
 Terima kasih kepada para pelajar yang memberikan hadiah penghargaan kepada para guru.. Nilai penghargaan itulah yang terus membakar semangat para guru untuk terus memberikan yang terbaik untuk anda semua.. Terima kasih sekali lagi..

PERADUAN MEWARNA GURU-GURU..






PERADUAN KAD UCAPAN PELAJAR...








Sabtu, 5 Mei 2012

MAJLIS IHTIFAL 2012

 MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAWASAN BUKIT GANTANG - KUMPULAN SATU.

 Sekolah Agama Rakyat Al-Hasyimiah Pengkalan Aur mendapat penghormatan dengan perlantikan menjadi tuan rumah kepada majlis ihtifal pada tahun 2012. Ini adalah kali kedua SAR Pengkalan Aur menjadi tuan rumah menerima menerima tetamu yang terdiri daripada para peserta, guru-guru dan ibu bapa pelajar dari kawasan Bukit Gantang.
 Majlis yang hebat ini akan diadakan,

 Pada: 05 Mei 2012M / 13 Jamadil Akhir 1433H (Sabtu)
 Bertempat: SAR Al-Hasyimiah, Pengkalan Aur dan Majid Al-Islah, Pengkalan Aur