srarpengkalanaur


widget

Jumaat, 14 Januari 2011

PENGUMUMAN PENTING

Pada hari Isnin 17/01/2011 bersamaan 12 Safar 1432h, SAR Pengkalan Aur akan bercuti kerana kesemua guru akan ke majlis pejumpaan dengan Menteri Besar Perak pada hari tersebut. Majlis tersebut akan dihadiri oleh kesemua guru sekolah agama intigrasi KAFA seluruh negeri Perak.
Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada hari Selasa 18/01/2011. Diharap ibu bapa pelajar sedia maklum, terima kasih.

Sabtu, 8 Januari 2011

Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar yang sedia ada. pihak sekolah, terutama para pendidik senantiasa mengalukan kedatangan para pelajar yang dikasihi.
Diharapkan dengan permulaan tahun baru 2011/1432h ini akan membuka lembaran kejayaan yang akan dicapai oleh kita bersama. Bertekadlah dengan azam yang telah disematkan di hati para pelajar sekalian. Bagi pihak sekolah, kami akan berusaha sepenuh hati demi memastikan kejayaan anak-anak murid dalam mencapai kecemerlangan sahsiah diri dan ilmu dunia akhirat. Insyaallah...
Tidak dilupakan juga selamat datang kembali kepada para pendidik dan selamat datang kepada pendidik yang baru memulakan tugas di sekolah ini. Saya, pihak sekolah dan para pelajar mengalukan kedatangan anda. Selamat berjuang dalam mencurahkan ilmu kepada para anak-anak didik kita. Smoga keikhlasan kita mendidik mereka akan mendapat keredhaan Allah beserta rahmat daripada Nya. Insyaallah...