srarpengkalanaur


widget

Ahad, 13 April 2014

Menghakimi Peserta Ihtifal Nasyid Peringkat Kawasan Taiping (2)



Sorotan detik pertandingan nasyid.







Para juri berhempas pulas memilih dan memutuskan pasukan nasyid yang layak dan terbaik bagi mewakili Taiping (2) ke peringkat seterusnya.







Rabu, 9 April 2014

Taklimat JU Hakim Ikhtifal Taiping 2014

Bertempat:- Madrasah Al Tarbiah Al Islamiah, Asam Kumbang, Taiping.
Tarikh/masa:- 09 April 2014, 10.00 pagi - 12.00 tengahari.

Taklimat ini bertujuan memilih hakim yang berkebolehan dan berkaliber terdiri daripada guru-guru KAFA untuk menghakimi peserta yang akan bertanding di majlis ikhtifal nanti.
Hakim-hakim yang terpilih akan mengikuti kursus pengukuhan yang akan di kendalikan oleh JU Ikhtifal.
Antara topik utama yang dibincangkan adalah perubahan peraturan didalam setiap acara yang dipertandingkan.
Para hakim juga akan diperjelaskan sebarang perubahan peraturan didalam menghakimi para peserta kelak.

Selasa, 8 April 2014

Mesyuarat Guru Besar, Mesyuarat Penyelaras UPKK dan SRAI 2014, Mesyuarat Pengurusi Jemaah Hakim Ikhtifal 2014.

Tempat:- Majlis Agama Islam Taiping
Masa / Tarikh:- 9.00 pagi-12.00 tengahari

Mesyuarat Guru Besar berlangsung setiap bulan bertujuan semua guru KAFA mendapat info dan maklumat terkini dari jabatan.

Rabu, 5 Mac 2014

MESYUARAT IKHTIFAL 2014 PERINGKAT SEKOLAH ZON BUKIT GANTANG.

Mesyuarat Ikhtifal 2014 dijalankan:-
Tempat: Sekolah Agama Rakyat Al-Hasyimiah, Pengkalan Aur, Taiping Perak.
Tarikh  : 05 Mac 2014 Rabu.
Jam      : 9.00 pagi-12.00 tengahari.

Mesyuarat kali ini tertumpu kepada pemilihan hari pertandingan, tempat dan penambahbaikan struktur organisasi serta kelancaran perjalanan majlis ikhtifal.
Tema sambutan Ikhtifal 2014 adalah “Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah Wasotiyyah”.

Sabtu, 22 Februari 2014

PEMBERITAHUAN JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU SAR AL-HSHIMIAH, PENGKALAN AUR.

   Assalamualaikum wrt...
   Majlis akan berlansung:-
      
   TEMPAT:-          SEK. AGAMA RAKYAT AL-HASHIMIAH, BATU 2 1/2 PENGKALAN                                           AUR, 34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

   HARI / MASA:-   RABU 26 FEBUARI 2014 / 26 RABIULAKHIR 1435H


   Semua ibu bapa / penjaga dan para pelajar dijemput hadir.
Semoga kehadiran tuan puan akan bertambah memeriahkan majlis.
Sekian, terima kasih.