srarpengkalanaur


widget

Isnin, 2 Disember 2013

PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2014 DIBUKA SEKARANG

   KEPADA IBU BAPA BOLEHLAH HADIR KE SEKOLAH UNTUK MENDAFTARKAN ANAK MASING-MASING PADA BULAN DISEMBER 2013ISNIN-KHAMIS JAM 3.OO PETANG-5.30 PETANG.. 
   
   PENDAFTARAN DIBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR BARU (TAHUN 1) DAN JUGA PELAJAR-PELAJAR LAMA. IBU BAPA BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN DI PEJABAT SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HASYIMIAH, PENGKALAN AUR. PENDAFTARAN AWAL DAPAT MENGELAKKAN GANGGUAN SEMASA SESI PEMBELAJARAN PERSEKOLAH ANAK-ANAK PADA BULAN JANUARI 2014 NANTI.
   
   KERJASAMA IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR AMATLAH DIHARGAI DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH. SEKIAN, TERIMA KASIH..

Selasa, 30 Julai 2013

TADARUS AL-QURAN BERSEMPENA RAMADHAN 2013

Assalamualaikum wmb...
     Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan pujian kepada Nabi Muhammad SAW kerana kita telah berada di dalam bulan yang mulia iaitu Ramadhan pada tahun ini...
     Seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lepas, Ramadhan dimeriahkan dengan majlis tadarus Al-Quran di SAR Al-Hasyimiah, Pengkalan Aur ini...
     Keberkatan bulan yang penuh rahmat ini diharapkan memberi seribu ganjaran dan manfaat kepada para pelajar dan guru yang terlibat menjayakan tadarus Al-Quran yang berlansung sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini.. Diharapkan juga, Allah memberkati dan merahmati kita semua.. Insyaallah...





Rabu, 30 Januari 2013

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN.

 Ujian ini yang diduduki oleh pelajar tahun 5 Sekolah Agama Rakyat menjadi kayu ukur tahap sebenar kemampuan pelajar menguasai subjek yang diajar di sekolah agama. Ujian ini juga merupakan persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang lebih besar dan mencabar iaitu Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila berada di tahun 6 nanti.
 Kami berharap, pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang ada demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang..
 Ingatlah para pelajar yang dikasihi, ilmu tidak akan datang dengan mudah tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sekolah yang cemerlang mendapat 8A adalah:-

  1. NURAIN BT ZAHARIN
  2. NURIN QAMARINA BT ADNAN
  3. AZYATI HANI BT ZAINUDDIN
  4. ZUNNUR ALWANI BT AHMAD ZAKI
  5. AIMAN IZUDDIN B ZAIRULHISHAM
  6. SITI MAISARAH BT ISMAIL NASARUDDIN
  7. MOHAMMAD SYAMIL B MOHD ADD ADZIS 
 Tahniah sekali lagi diatas kecemerlangan para pelajar.. bagi yang kurang bernasib baik, usaha lah sampai anda juga dapat mengecapi kemanisan kejayaan itu. Jangan berputus asa dan kami sentiasa mendoakan para pelajar akan memperolehi kejayaan yang cemerlang didalam pelajaran serta terus menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. 

Selasa, 29 Januari 2013

KEPUTUSAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2012

 TAHNIAH DIUCAPKAN!
 Alhamdulillah, peperiksaan SRAI 2012 telah membuktikan usaha keras para pelajar akhirnya membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Walaupun perjuangan dalam menuntut ilmu bagi mereka masih belum berakhir, di sinilah titik permulaan untuk terus melangkah kehadapan untuk terus mencapai kejayaan-kejayaan yang lainnya. 
NAMA PELAJAR YANG CEMERLANG 5A

1. BASIERAH BINTI MUHAMMAD SHAHRIR

2. NORALIA BINTI ABDULLAH

3. MUHD. KASYFUL AZHIM BIN ZAINON

4. MUHD. NABIL IKMAL BIN NAZLAN

5. ALIA MAISARA BINTI RAMZAN

 Sekalung tahniah kepada anda semua.. Para guru mengucapkan semoga anda semua terus maju jaya menjadi insan yang cemerlang.
 Bagi para pelajar yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan jangan kenal erti putus asa... Kejayaan tidak akan datang dengan mudah. Ingatlah.