srarpengkalanaur


widget

Ahad, 28 Oktober 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN 2012M/1433H

 Majlis penganugerahan dan penutupan ini akan diadakan,

 Pada: 06 November 2012M / 21 Zulhijjah 1433H (Selasa)
 Bertempat di: Dewan Sekolah Agama Rakyat Al-Hasyimiah, Pengkalan Aur

Semua ibu bapa dan pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Jemputan khas yang akan bersama kita pada hari tersebut ialah Ustaz Shabarudin Abdul Rashid daripada JASA yang akan memberi ceramah motivasi pada hari tersebut..

Sabtu, 14 Julai 2012

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA 2012

 Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Al-Khairiah Addniah, Kg. Larut Tin, Taiping pada 14 Julai 2012 (sabtu), sekali lagi percapaian yang cemerlang telah ditunjukkan oleh anak didik SAR Al-Hashimiah, Pengkalan Aur semasa Program Merakyatkan Seni Budaya diadakan.
 Wakil sekolah yang mengambil bahagian di dalam acara Pertandingan seni dan Budaya dalam kategori Pertandingan Nasyid telah dimertabat sebagai JOHAN walaupun saingan sengit daripada wakil-wakil sekolah lain. Kumpulan nasyid sekolah SAUTUL ABYAD telah menang dengan bergaya. 
 Manakala dalam kategori Pertandingan Menulis Khat, wakil sekolah iaitu FATIN ATHIRAH BT AZMI MORAD juga telah diangkat sebagai JOHAN pada hari tersebut. 
 Pihak sekolah amat bangga dengan percapaian kalian.. TAHNIAH DAN SYABAS!




YEAHH....!!





SMILE.. 


Isnin, 9 Julai 2012

Program Gerak Gempur UPKK dan SRAI 2012


Tempat  : Sek Agama Rakyat Pengkalan Aur
Tarikh / Hari :13 & 14hb Julai 2012 (Jumaat dan Sabtu)
Objektif Program : 1)Menambahbaikkan pelajaran dan persediaan 
para pelajar untuk menghadapi UPKK dan SRAI.
2)Meningkatkan daya kefahaman dan cara menjawab soalan.
3)Melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang UPKK dan SRAI.
4)Mencapai Misi dan Visi sekolah untuk melahirkan pelajar berkualiti.


Jumaat, 18 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam kepada nabi Muhammad SAW akhirnya majlis sambutan hari guru tahun ini berjaya disambut di sekolah dengan jayanya secara sederhana pada 18-25 Mei 2012.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA menjadi tema sambutan tahun ini. Jelas di sini, guru semamangnya sebagai penunjuk jalan kejayaan kepada para pelajar. Kejayaan sahsiah rohani dan jasmani serta akademik para pelajar harus ditunjukajar oleh guru demi memastikan pelajar berada dilandasan yang betul.
Terima kasih kepada semua guru SAR Al-Hasyimiah dan para pelajarnya yang terus berusaha menaikkan nama sekolah anda. semoga segala usaha kita beriringan dengan keikhlasan dan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT hendaknya. Insyaallah...
 Terima kasih kepada para pelajar yang memberikan hadiah penghargaan kepada para guru.. Nilai penghargaan itulah yang terus membakar semangat para guru untuk terus memberikan yang terbaik untuk anda semua.. Terima kasih sekali lagi..

PERADUAN MEWARNA GURU-GURU..






PERADUAN KAD UCAPAN PELAJAR...








Sabtu, 5 Mei 2012

MAJLIS IHTIFAL 2012

 MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAWASAN BUKIT GANTANG - KUMPULAN SATU.

 Sekolah Agama Rakyat Al-Hasyimiah Pengkalan Aur mendapat penghormatan dengan perlantikan menjadi tuan rumah kepada majlis ihtifal pada tahun 2012. Ini adalah kali kedua SAR Pengkalan Aur menjadi tuan rumah menerima menerima tetamu yang terdiri daripada para peserta, guru-guru dan ibu bapa pelajar dari kawasan Bukit Gantang.
 Majlis yang hebat ini akan diadakan,

 Pada: 05 Mei 2012M / 13 Jamadil Akhir 1433H (Sabtu)
 Bertempat: SAR Al-Hasyimiah, Pengkalan Aur dan Majid Al-Islah, Pengkalan Aur