srarpengkalanaur


widget

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan 2011

 Sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-54 bertemakan 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA telah diraikan juga oleh pihak sekolah.
 Beberapa program dan acara telah disusun oleh pihak sekolah untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini. Antara program yang telah dilangsungkan adalah pertandingan mewarna untuk para pelajar, menghias sekolah dengan kibaran jalur gemilang dan beberapa acara lain. 
  Sambutan kali ini lebih bersifat sederhana bersesuaian dengan bulan Ramadhan al-Mubarak yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruhnya. 

PERTANDINGAN MEWARNA 18/08/2011


Walaupun bulan Ramadhan.. dan kami letih berpuasa... kami tetap ceria...