srarpengkalanaur


widget

Ahad, 13 April 2014

Menghakimi Peserta Ihtifal Nasyid Peringkat Kawasan Taiping (2)



Sorotan detik pertandingan nasyid.







Para juri berhempas pulas memilih dan memutuskan pasukan nasyid yang layak dan terbaik bagi mewakili Taiping (2) ke peringkat seterusnya.







Rabu, 9 April 2014

Taklimat JU Hakim Ikhtifal Taiping 2014

Bertempat:- Madrasah Al Tarbiah Al Islamiah, Asam Kumbang, Taiping.
Tarikh/masa:- 09 April 2014, 10.00 pagi - 12.00 tengahari.

Taklimat ini bertujuan memilih hakim yang berkebolehan dan berkaliber terdiri daripada guru-guru KAFA untuk menghakimi peserta yang akan bertanding di majlis ikhtifal nanti.
Hakim-hakim yang terpilih akan mengikuti kursus pengukuhan yang akan di kendalikan oleh JU Ikhtifal.
Antara topik utama yang dibincangkan adalah perubahan peraturan didalam setiap acara yang dipertandingkan.
Para hakim juga akan diperjelaskan sebarang perubahan peraturan didalam menghakimi para peserta kelak.

Selasa, 8 April 2014

Mesyuarat Guru Besar, Mesyuarat Penyelaras UPKK dan SRAI 2014, Mesyuarat Pengurusi Jemaah Hakim Ikhtifal 2014.

Tempat:- Majlis Agama Islam Taiping
Masa / Tarikh:- 9.00 pagi-12.00 tengahari

Mesyuarat Guru Besar berlangsung setiap bulan bertujuan semua guru KAFA mendapat info dan maklumat terkini dari jabatan.